Halaman

Assalamualaikum...Selamat datanG Ke Blogger Ilham MHF..

Ahad, 20 April 2014

ReNungaN BeRsama

Sentiasa termakan dengan puji-pujian menyebabkan seseorang itu Angkuh, Riak, Ujub dengan keindahan rupa yang diterima.. Malah, kadang-kala turut Merendahkan yang lain. semakin Keras Hati untuk menerima teguran. Mula Menunjuk2 Kebaikan Diri dikhalayak ramai atau lebih mudah "Hipokrit".
# hebatkan! hanya dengan memuji,, hanya memuji!!!! mungkin remeh bagi kita. tapi itulah yang membuatkan kita lemas.. kita leka, alpa.. mungkin juga kecantikan rupa itulah Ujian Terbesar dalam diri kita tanpa kita sedari,, benar, sukar untuk kita sedari...

Sabtu, 19 April 2014

Kini KEmbali...

Assalamualikum kawan2 sekalian...aku minta maaf kepada sapa2 yg selalu follow blog aq ni (walaupun xdak) sbb aq dh lama menyepi..nk dekat setaun dh a menyepi..bknnya sengaja cuma xdak masa nk update..huhu...xdak idea nk entry post..inshaallah aq akn cuba utk update selepas ni..tqvm...

Jumaat, 17 Ogos 2012

Salam Lebaran buat Semua

Anak muda diperantauan,
Pulang ke kampung dgn riangnya,
Ada bermacam ragamnya,
Ada yang duka,
Ada pula yang suka,

Bagi yang duka.
usahlah dikau bersedih....
Raikanlah Hari Raya sedaya mana dikau mampu,
Usah kenang kn perkara lalu,
Doa kan lah kesejahteraan org tua mu...

Bagi yang suka pula...
Jangan lah dikau bergembira lebih,
Ingatlah saudaramu yang kurang berkemampuan,
jangan dikau abaikan atnggungjawabmu,
Tanggungjawab terhadap org tuamu,
Selagi mana mereka masih ada di depan matamu..

Salam Lebaran & Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir & Batin...
                                                                                               Tulus Ikhlas : MhF b. Suhaime

Selasa, 7 Ogos 2012

LovE is Cinta

Cinta ini Aneh,Sahihnya Tiada,
Tapi....
Rasanya bagai menusuk walaupun kita tolak....
Dan...
Akhirnya kita tunduk,
Tunduk pada rasa yang tiada bertepi,

Tapi....
Bagaimanakah rasa itu terhenti?
BAgaimanakah rasa itu tinggal kan kita?
Kuatkah kita?
Sanggupkah kita hidup bertemankan sepi?

                                                            #pijan_jitra
                                                            08/08/12 @ 0022 hrs

Isnin, 6 Ogos 2012

BerHijAB wajIb Keatasmu Wahai WANITA MUSLIM

Wahai saudari jangan terpedaya hasutan syaitan,
Sesungguhnya kewajiban hijab datang dari Tuhan kita,
Yang Maha Memberi,

Kita telah dengar kata2 ajaib dari saudari kita,
Ungkapan mereka yang tidak menyenangkan tentang hijab,
Mengatakan diantara pakaian yang hitam gelap,
Bagaikan diikat khemah di tengkuk...

Kononnya,mereka mengajak untuk membebaskan para gadis,
Lalu ditulis tentangnya dalam buku,
Mereka melakar cara berhias,
Yang kononnya tidak merugikan para pemuda...

Wahai saudariku,
Inilah lolongan pembenci umpama serigala,
Maka nerakalah seburuk-buruk tempat pembalasan bagi orang zalim,
Allah akan membentangkan segala kezaliman mereka,
Di hari perhitungan,
Dan Syurgalah sebaik-baik tempat kembali...

#Sekadar renungan kita bersama...
*rujukan : http://www.youtube.com/watch?v=Di9_3ppTb9g&feature=fvwrel

Khamis, 14 Jun 2012

PenSil

Pensil...
tika manusia memegangmu,
sudah pasti mereka mahukn khidmatmu,
khidmatmu yg tdak dpt dbyar oleh wang ringgit..
semua org memerlukan mu,,
tanpamu,
mereka yg bergelar manusia ini belum tentu dpt maju,
belum tentu menjadi org2 hebat,
jadi,dgn jasamu kepada manusia,
mereka mampu utk maju,
Pensil...
dirimu ibarat senjata...
senjata kpda manusia yg cerdik..
cerdik lg mahu menuntut ilmu...
tanpamu juga,
mereka tdak dpt utk memiliki ilmu Allah yg luas ini..
ini kerana,
mereka manusia ini,
tidak semuanya mampu menghafal ilmu...
adakalanya,mereka perlu menulis...
oleh itu,
begitu besarnya khidmatmu di dunia ini..
semoga kau akan sentiasa disanjung dan dihargai...

oleh : pijanJItra...

Isnin, 11 Jun 2012

Coretanku TenTang Ilmu

Ilmu....
umpama cahaya yg menyuluh kegelapan...
yg menerangi segenap ruang hidup...
tanpa ilmu,hidup umpama mati..
kerana....
ilmu lah yg menjadi panduan hidup...
panduan untuk kita mengembara dalam kehidupan....
ilmu juga perlu dicari...
bukan hanya duduk dan menunggu...
dengan ilmu lah manusia bisa maju....
Oleh itu...
tuntutlah ilmu selagi mana mampu...
tuntutlah ilmu dengan penuh keikhlasan...

Oleh : pijanJitra

Sabtu, 9 Jun 2012

Perbezaan antara Ilmu & Pengetahuan....


PERBEDAAN ANTARA ILMU DAN PENGETAHUAN 
Oleh: Ading Nashrulloh 
Kesedaran manusia secara garis besar terbahagi kepada tiga dimensi yang amat penting. Pengalaman, perasaan dan pengetahuan. Ketiga dimensi itu berbeza secara substantif tetapi sangat saling berkaitan.
Pengetahuan adalah apa yang diketahui oleh manusia atau hasil pekerjaan manusia menjadi tahu. Pengetahuan itu merupakan milik atau isi fikiran manusia yang merupakan hasil dari proses usaha manusia untuk tahu. Dalam perkembangannya pengetahuan manusia berdiferensiasi menjadi empat cabang utama, filsasat, ilmu, pengetahuan dan wawasan. Untuk melihat perbezaan antara empat cabang itu, saya berikan contohnya: Ilmu kalam (falsafah), Fiqih (ilmu), Sejarah Islam (pengetahuan), amalan Islam di Indonesia (wawasan). Bahasa, matematik, logik dan statistika merupakan pengetahuan yang disusun secara sistematik, tetapi keempatnya bukanlah ilmu.Keempatnya adalah alat ilmu.
Setiap ilmu (sains) adalah pengetahuan (knowledge), tetapi tidak setiap pengetahuan adalah ilmu. Ilmu adalah semacam pengetahuan yang telah disusun secara sistematik. Bagaimana cara menyusun kumpulan pengetahuan agar menjadi ilmu?Jawabnya pengetahuan itu harus dikandung dulu oleh falsafah, lalu dilahirkan, dibesarkan dan diasuh oleh matematik, logik, bahasa, statistika dan kaedah ilmiah. Maka seseorang yang ingin berilmu perlu mempunyai pengetahuan yang banyak dan mempunyai pengetahuan tentang logik, matematik, statistika dan bahasa. Kemudian pengetahuan yang banyak itu diolah oleh suatu kaedah tertentu. Kaedah itu ialah kaedah ilmiah.Pengetahuan tentang kaedah ilmiah diperlukan juga untuk menyusun pengetahuan-pengetahuan tersebut untuk menjadi ilmu dan menarik pengetahuan lain yang diperlukan untuk melengkapinya.
Untuk bepengetahuan seseorang cukup buka mata, buka telinga, fahami realiti, hafalkan, sampaikan. Adapun untuk berilmu, maka kaedahnya menjadi lebih serius. Tidak sekadar buka mata, buka telinga, fahami realiti, hafalkan, sampaikan, secara serampangan. Seseorang yang ingin berilmu, pertama kali ia harus membaca langkah terakhir manusia berilmu, menangkap masalah, membuat hipotesis berdasarkan pembacaan langkah terakhir manusia berilmu, kemudian mengadakan penelitian lapangan, membuat pembahasan secara kritis dan akhirnya barulah ia mencapai suatu ilmu. Ilmu yang ditemuinya sendiri.
Apa maksud "membaca langkah terakhir manusia berilmu"?Postulat ilmu mengatakan bahawa ilmu itu tersusun tidak hanya secara sistematik, tetapi juga terkumpul di sepanjang sejarah manusia. Tidak ada manusia, bangsa apapun yang secara tiba-tiba meloncat mengembangkan suatu ilmu tanpa suatu dasar pengetahuan sebelumnya. Katakanlah bahawa sebelum abad renaisansi di Eropah, bangsa Eropah berada dalam kegelapan yang terpekat. Kerana larut dalam falsafah skolastik yang mengekang ilmu dan peranan gereja. Para saintis dan para falsafah abda itu tentu mempunyai guru-guru yang melakukan pembacaan terhadap mereka, mengenai sampai batas terakhir manusia berilmu di zaman itu. Ilmu kimia abad moden sekarang adalah berpijak pada ilmu kimia, katakanlah abad 10 masehi yang berada di tangan orang-orang Islam. Dan ilmu kimia di abad 10 Masihi itu tentu bepijak pula pada ilmu kimia abad 3500 tahun sebelum masehi, katakanlah itu misalanya dari negri dan zaman firaun.
Jadi seseorang yang ingin berilmu pengurusan, misalnya, maka ia harus mengumpulkan dulu pengetahuan-pengetahuan mnajemen yang telah disusun sampai hari kelmarin oleh para ahli ilmu tersebut dan merentang terus kebelakang sampai zaman yang dapat dicapai oleh pengetahuan sejarah.
Cara praktikal, cepat, serasi, kredibel, aksesibel, dan lain-lain bel positif lain, untuk berilmu ialah dengan sekolah formal, dari SD hingga S3. Beruntunglah kawan-kawan yang boleh meraih gelar sarjana. Gelar magister dan seterusnya. Memang sekalipun gelaran sudah s3 tapi koq masih terasa haus juga terhadap ilmu. Itu kerana ilmu yang ada pada dirinya sebenarnya barus sedikit dari khazanah ilmu yang pernah disusun manusia, sedang disusun, dan apalagi jika dibanding dengan ilmu di masa depan sampai haru kiamat nanti.

KesedIhaN

salam semua pembaca...ini entri baru aq...sorie lama xpost sbb sibuk...aq juz nk kongsi kesedihan aq n semua ahli keluarga...hal yg demikian kerana Ayahanda aq telah kembali ke Rahmatullah pd 21.5.2012 jam 6.15 ptg akibat penyakit kansernya...aq terasa suatu kehilangan yg besar...xdpt nk bygkn khdupan aq sekeluarga pda masa akn dtg....ttpi xapa larh...aq redha ketentuanNya...Aku hny perlu berdoa pada Allah saja...moga keluarga aq dlm keadaan baik dan roh ayah ditempatkan dlm kalangan org mukmin...Amin...

Isnin, 9 April 2012

kembaLi DalaM Duka

Assalamualaikum semua...tima kasih pada yg sudi membaca post ini....aq jrang sekali untuk post ap2 ajaa dlm blog,myb dsbbkn xda ap yg nk dtlis,xda msa...aq juz nk luahkan ajew kali nie,bhwa dh sebulan aq xmcj dgn kekasih aq..aq difahamkan dya sdang sakit,jd xboleyh pegang fon....tp ary tuh ad aq cll dya n bgtaw jgn off fon,bla aq blik n cll dya..........aq pown terasa jga bla setiap kali cll mak dya nk ckp ngn dya,ad sja alsan yg dberi...aq xnk celoteh panjang,n xnk pk negatif at gf aq..aq Sayang dya sgt2...xda spa2 bleyh ganti buat msa skrng nie...aq doakan dy cpat sembuh....AMin...

Rabu, 21 Disember 2011

KebahAgiaan MelAnDa DiriKu

Assalamualaikum....setelah sekian lama aq menyepi,pada malam ini ingin aq kongsi bersama kebahagiaan yg aq kecapi baru-baru ini....
Tanggal 19/12/11 aq bertemu dengan si dia (kekasihku) yg bernama Siti Nurul Zakiah Binti Sarimin buat pertama kali....setelah sekian lama selama 1 tahun 5 bulan menjalin kan hubungan sejak jun 2010,pada tarikh berikut jam 11 pg aq dpt bertemu dgnnya...setelah apa yg dirancang alhamdulillah menjadi kenyataan...segala doa dan usaha aq dan dia sekian lama telah dimakbulkan oleh-Nya.... setelah berjumpa,terasa sebak di hati melihat keadaannya yg sedang menangung kesakita...walaupun di luaran nmpak seperti biasa,tetapi di dalam sedang menanggung kesakitan...aq sedih pabila melihatnya....tidak seperti og lain...aq bertekad di alam diri akn cuba sedya upaya untuk mendorongnya,memberi semangat dan menjaganya sebaik mungkin....walaupun kami berjauhan,tetapi bagiku,kami hanya berada di bersebelahan saja...dia tetap disampingku walau pada mata kasar tidak nampak,tetapi aq nmpk dengan mata hati.....aq jgak sering mendoakan kesihatannya akan sebuh....begitu juga dgn bapaku yg sudah 5 tahun menanggung kesakitan....cukup shaja untuk kali ini,aq harap Allah akan memberi kesihatan yg sihat kepada semua org terutama sekali org yg aq syang seperti,mak,ayah,adik2,atuk,nenek dan kekasihku....walaupun pertemuanku dgnnya ckup singkat,tetapi aq redha an aq bahagia kerna dpt bertemunya...mudah-muahan selepas ini dpt betemu lagi...amin....

Ahad, 6 November 2011

SalaM AidilAdha...

selamat menyambut hari taya aidiladha,smoga apa yang kita beribadat akn diterima olehNya.....semoga berpanjanagan amalan kita.....ibadsah korban juga tidak kurangnya....bagi yg berkemampuan laksanakanlah....salam aidiladha maaf zahir batin ku pinta....

Ahad, 2 Oktober 2011

aku keMbaLi!!!!

salam semua pembaca....aq kembali hari ini setelah lama aq diam kan diri....bukan xdew idea nk post,but u all must know my duty as student,so xdew r msa nk spent...btw aq nk gtaw yg aq ni dh single n sedang ejas aty aq untuk menerima ex aq yg lepas....dye aq rse sangat baek sbb tggu aq selama 5 bulan....aq harap dengan hubungan ini,aq akan kekal dgn dye....mmg ktorg x penah jmpe,tp kitorg juz tgk melalui mata hati....by the way aq hope cgt hubungan ni kekal...then,insyaallah aq akn turun KL n berjumpa dgnnya hujung tahun ini...mudah2 mudahan akn ada rezeki utk bertemu...amin....

Khamis, 4 Ogos 2011

sAlam RamAdan dari SayA

selamat menyambut ramadan dari saya...semoga kita dpt berpuasa dgn tenang dan sabar pda thun ini....

Selasa, 26 Julai 2011

MUhaSabAH DIrI

Muhasabah Diri Kejap.... :D , CURI MASA SAT 3MINIT... KALO TERLEBEY, a'sif jiddan :)

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
...
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je

Isnin, 18 Julai 2011

dOa PenGasIh

Doa pengasih ini baik diamalkan supaya mendapat kekasih yang dihajati. Jika suka seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan seperti menggunakan minyak dagu, minyak cenuai dan lain-lain minyak yang dimentarakan dengan menggunakan sihir. 

Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih sayang yang tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu pengasih yang menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa besar . Tak bau syurga bila mati.

Firman Allah SWT maksudnya:


"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)


Firman Allah swt maksudnya:


"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)

Caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini. 

Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali. 

Wasallam


Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2010/12/doa-pengasih-untuk-si-dia.html#ixzz1SSz8avvC

Jumaat, 15 Julai 2011

sanggup mati?demi......

‎Lelaki sanggup mati kerana berebut awek dan awek pula sanggup mati kerana duit..betul ke? heheh.. Amaran, video ini mengandungi unsur-unsur ganas : 18SG, tak sesuai untuk mereka yang lemah semangat..ready? jom layanzz.. :)

Khamis, 14 Julai 2011

10 tanda dia jodoh kita


1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Sabtu, 2 Julai 2011

BiLa Kita Boleh Menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar~Harus baca!


Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:


"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.




Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.

Info Daripada :
http://faina989.blogspot.com/2010/08/kita-mungkin-telah-bertunang-tanpa.html